Manusia ialah makhluk yang istimewa kerana mempunyai akal. Ia menjadi lambang kebijaksanaan kita. Jadi tiada siapa pun yang 'bodoh'. Kebodohan berlaku apabila tindakan dibuat mengikut hanya kata hati tanpa akal fikiran.
Dengar kata isi hati, fikirkan yang terbaik dan lakukan untuk kebaikan diri.
Apr 30, 2010
Inspirasi 011
Hidup ini sukar jika kita gagal menentukan jalan yang betul untuk dilalui. Ia akan menjadi mudah jika kita mengambil ikhtibar dari setiap jalan yang pernah dilalui oleh orang lain. Cuma kerana kita manusia biasa, walau diberi akal, kita juga memiliki nafsu, yang biasanya tidak sehaluan dengan akal walaupun waras. Jika antara akal dan hati boleh bersatu mungkin kita mampu untuk menjadi insan yang terbaik....
Subscribe to:
Posts (Atom)